Wednesday, April 10, 2013

Rabindranath Tagore

"Kupu-kupu menghitung waktu bukan dalam satu bulan, tetapi dalam satu saat yang pendek, dan nyatanya ia punya waktu yang cukup." - Rabindranath Tagore

Rabindranarth Tagore ialah seorang penulis dan ahli falsafah warga India.

Nama asalnya Rabindranarth Thakur dilahirkan di Jorasanko, Kolkata, India pada 7 Mei 1861.

Beliau telah mempelopori penulisan sajak dalam bahasa Benggala kolokial dan terjemahan yang dibuatnya sendiri telah membina reputasinya di negara Barat.

Rabindranath Tagore mula menulis sajak sewaktu berusia lapan tahun. Ketika berusia 16 tahun beliau telah menghasilkan beberapa sajak menggunakan nama samaran Bhānusiṃha yang bermaksud 'Singa Matahari'.

Setelah tamat pengajian beliau menghasilkan kumpulan cerpen dan drama pertamanya dengan menggunakan nama lahirnya pada tahun 1877.

Sebagai seorang penyokong humanisme, universalisme dan anti-nasionalisme, beliau dengan lantang telah mengecam Raj dan menyokong kemerdekaan daripada Britain.

Sebagai seorang pendukung zaman pembaharuan Benggal, beliau telah memajukan daftar karya yang luas meliputi lukisan dan lakaran, beratus-ratus teks dan ribuan lagu-lagu. Beliau juga mengasaskan sebuah institusi iaitu Universiti Visva-Bharati.

Rabindranath Tagore pernah menerima Anugerah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1913.

Antara karya-karya Rabindranath Tagore ialah Gitanjali, Gora dan Ghare-Baire. Sebuah lagu karya beliau iaitu Amar Sonar Bangla menjadi lagu kebangsaan negara Bangladesh manakala lagunya berjudul Jana Maha Gana menjadi lagu kebangsaan India.

Rabindranath Tagore meninggal dunia pada 7 Ogos 1941.


No comments: